We are
On Your Side ialah untuk penduduk UK yang menganggap diri mereka komuniti Asia Timur atau Asia Tenggara. Inilah tempat untuk mendapatkan sokongan dan membuat laporan jika anda mengalami atau menyaksikan tindakan perkauman atau sebarang bentuk kebencian lain.
Sama ada anda ingin mencari perkhidmatan kaunseling tempatan, bimbang tentang akibatnya jika anda menghubungi polis, atau anda sekadar hanya ingin bercakap dengan seseorang yang dapat menyokong anda, Operator Talian Bantuan dan Pekerja Sokongan kami yang terlatih bersedia untuk menolong anda.
Melainkan jika ada risiko luar biasa kepada keselamatan anda, atau keselamatan orang lain, kami tidak sekali-kali akan menyampaikan apa-apa yang anda beritahu kepada kami tanpa kebenaran anda. Maknanya anda boleh mendapatkan sokongan daripada kami dalam apa jua keadaan.
Operator Talian Bantuan kami yang mesra bertutur dalam pelbagai bahasa Asia Timur dan Asia Tenggara. Jika anda tidak selesa bertutur tentang pengalaman anda dalam bahasa Inggeris dan pengendali kami tidak bertutur dalam bahasa yang anda perlukan, kami bekerjasama dengan jurubahasa yang dipercayai yang akan menterjemahkan mana-mana bahasa yang anda perlukan.
Dengan memberitahu kami perkara yang telah berlaku kepada anda, anda membantu membina gambaran tentang pengalaman komuniti Asia Timur dan Asia Tenggara di UK. Lebih banyak yang kami tahu tentang apa yang berlaku, lebih berkesan kita dapat mencegahnya daripada berlaku kepada orang lain.
Saya diserang oleh jiran, dan polis mendakwa mereka dengan serangan berdasarkan perkauman. Walau bagaimanapun, mereka juga melakukan tuduhan palsu mendakwa kami melakukan kerosakan jenayah, menyebabkan tekanan yang sangat besar. Peguambela kerja kes On Your Side membantu hal-ehwal perundangan, sokongan emosi dan prosiding mahkamah kami. Dakwaan terhadap kami akhirnya digugurkan, dan On Your Side terus menyokong kami dalam memperjuangkan kes kami!
Anak saya terus menerus dibuli di sekolah atas sebab bangsanya, dan pihak sekolah tidak menanganinya dengan serius. Apabila saya menghubungi On Your Side, mereka serta-merta menugaskan seorang peguam bela kerja kes. Mereka membuat laporan dan susulan insiden tersebut dengan polis, mengatur mesyuarat di sekolah, dan menawarkan sokongan emosi dan sumber demi kesejahteraan anak saya. Saya amat menghargai bantuan daripada On Your Side!
On Your Side adalah untuk sesiapa sahaja di UK yang menganggap diri mereka orang Asia Timur dan Asia Tenggara, termasuk mereka yang berketurunan campuran. Ia juga untuk sesiapa sahaja yang dianggap oleh orang lain sebagai Asia Timur dan Asia Tenggara dan saksi kebencian terhadap orang Asia Timur dan Tenggara daripada mana-mana latar belakang.
Inilah tempat untuk mendapatkan sokongan dan membuat laporan jika anda mengalami atau menyaksikan tindakan perkauman atau sebarang bentuk kebencian lain. Ini boleh termasuk gangguan lisan secara peribadi atau dalam talian, kerosakan jenayah seperti grafiti, atau keganasan fizikal yang dilakukan kerana permusuhan terhadap aspek (atau aspek yang diandaikan) identiti seseorang seperti bangsa, jantina, agama, ketidakupayaan, seksualiti atau kepercayaan politik mereka.
Tidak kira betapa kecil atau remeh anda fikirkan, kami di sini akan mendengar dan menyokong anda.
This service has been funded by the Ministry of Housing, Communities and Local Government through the HKBN(O) Welcome Programme. The service is run by a consortium of charity and non-profit organisations and operates completely independently of the UK Government. Unless there is exceptional risk to your safety, or the safety of others, no data you share will ever be given to any other agency without your full and informed consent.
Anda boleh kekal tanpa nama sepenuhnya, dan berkongsi sedikit atau seberapa banyak butiran dengan kami yang anda suka. Kami tidak akan berkongsi sebarang maklumat peribadi dengan orang lain tanpa kebenaran penuh dan termaklum anda.
Cookie | Duration | Description |
---|---|---|
cookielawinfo-checkbox-analytics | 11 months | This cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookie is used to store the user consent for the cookies in the category "Analytics". |
cookielawinfo-checkbox-functional | 11 months | The cookie is set by GDPR cookie consent to record the user consent for the cookies in the category "Functional". |
cookielawinfo-checkbox-necessary | 11 months | This cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookies is used to store the user consent for the cookies in the category "Necessary". |
cookielawinfo-checkbox-others | 11 months | This cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookie is used to store the user consent for the cookies in the category "Other. |
cookielawinfo-checkbox-performance | 11 months | This cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookie is used to store the user consent for the cookies in the category "Performance". |
viewed_cookie_policy | 11 months | The cookie is set by the GDPR Cookie Consent plugin and is used to store whether or not user has consented to the use of cookies. It does not store any personal data. |
Sila dail
Hubungi nombor ini untuk bercakap dengan mana-mana operator panggilan terlatih kami yang akan dapat bercakap dengan anda tentang apa yang berlaku.
Dalam bahasa apa anda ingin membuat laporan?
Dalam bahasa apa anda ingin membuat laporan?